Ahad, 21 November 2010

AIR TANGAN ORANG YANG TAK SOLAT

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as. Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), "Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam." Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam. Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barang siapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya.

Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi. Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi. Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu/isteri kita.

Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dsb. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak kan?

Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia..Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Hati² apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril as. Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum". Maknanya, "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu" .

Jumaat, 5 November 2010

Pelan gerakan MPP berhubung ISU BANJIR (Pindaan 4 November 2010)

Kenyataan daripada Naib Canselor UUM
Naib Canselor UUM Prof Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, tarikh baru untuk peperiksaan itu adalah pada 21 November hingga 13 Disember ini."Kita membuat keputusan itu selepas mengambil kira nasihat daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Pusat Gerakan Banjir Negara,” kata beliau dalam kenyataan di sini hari ini.Beliau berkata, antara sebab penangguhan peperiksaan itu ialah jalan utama yang menghubungkan UUM dengan Alor Setar yang melibatkan Lebuh Raya Utara-Selatan ditutup dan pada masa yang sama Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim juga ditutup kerana banjir.

Pertukaran tarikh peperiksaan
21 November - 13 Disember 2010(Pindaan bagi tarikh peperiksaan pada 8hb hingga 15 November 2010 dianjak kepada 4hb hingga 13 Disember 2010)Semua pelajar dan pensyarah diminta mencetak semula slip jadual waktu peperiksaan di portal masing-masing selepas pindaan.Pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi Puan Zanariah binti Yaakob di talian  04-928 3106/3160/3150/3112/3189.

Faktor Pertukaran tarikh peperiksaan
1) Banjir dijangka akan berlarutan sehingga 8/11/2010 kerana diramalkan hujan akan turun pada 4,5,6,7 Nov pada sebelah petang dan pada 8 Nov hujan dijangka turun pada sebelah pagi dan petang.Pelepasan air daripada Empangan Timah Tasoh + Empangan Pedu juga adalah salah satu faktor.

2) Lebih kurang 10 211 pelajar berada di luar kampus dan mengalami masalah pulang ke UUM

3) Masalah bekalan
  • -Makanan (kekurangan tetapi masih belum tahap kritikal)
  • - Perkhidmatan kesihatan (masalah ke Hospital dan bantuan luar)
  • - Minyak (bekalan gas tidak mencukupi buat sementara waktu)
  • - Bekalan Elektrik (tiada gangguan buat masa ini)
  • - Bekalan Air (tiada gangguan buat masa ini)

Semester A102

Bermula pada 08 Januari 2011 (Sabtu)

Jalan keluar masuk UUM


Isu praktikum

Bagi yang peperiksaan habis sebelum 13/12/2010, tarikh daftar praktikum adalah seperti biasa.
Bagi yang peperiksaan habis selepas 13/12/2010 ,tarikh daftar praktikum adalah pada 20/12/2010.

SOLUSI

1) Pampasan tiket pengangkutan
SURAT PERMOHONAN dihantar dari Canselori UUM kepada Kementerian Pengangkutan melalui KPTM untuk memohon pelepasan kpd pelajar.Jika surat ini tidak diluluskan, sebagai wakil pelajar, kami akan berusaha mendapatkannya menggunakan suara siswa.

2) ADHOC - Jawatankuasa khas pelan tindakan bencana ditubuhkan
  • Isu Praktikum (diketuai oleh Hafiza - 0129496887) -Jumlah pelajar praktikum 
  • Bekalan makanan (diketuai oleh Raynold - 0194514891)-pemantauan harga -mencukupi atau tidak 
  • Perkhidmatan kesihatan (diketuai oleh Hamyddin- 0176669987) 
  • Kenyataan dan hebahan (diketuai oleh Amalia - 0134150458) 
  •  Tiket pengangkutan (diketuai oleh Akbal - 0175101534(Domestik) dan Hani - 0175158154 (International)) -Senarai nama pelajar yg telah membeli tiket dan tiket tertangguh -permohonan pengangkutan membawa pelajar keluar dari UUM 
  •  Keselamatan harta benda (diketuai oleh Naim - 0134659530) 
  •  Kemudahan Infrastruktur -elektrik,air dll (diketuai oleh Rodzi - 0125677880)

-Sebarang masalah boleh berhubung terus dengan adhoc-adhoc diatas.
-Mohon bantuan rakan-rakan untuk membuat aduan kepada kami jika berlakunya perubahan harga makanan yang drastik.
-Pelajar dinasihatkan untuk tidak keluar melebihi kawasan Changlun demi keselamatan diri.

5) Sukarelawan mangsa banjir
Beberapa DPP telah menjalankan su.Sila hubungi DPP masing-masing untuk mengetahui hal ini dengan lebih lanjut.

6) Tabung Bencana
Pihak MPPUUM akan menjalankan kutipan tabung bencana banjir dalam masa terdekat. Mohon kerjasama.

Bilik gerakan adhoc

Bilik gerakan adalah di Pejabat MPP. 
Beroperasi dari jam 10.00pagi hingga 12.00 malam.
Hubungi 04-9284567 @ mana-mana MPP

Mohon maaf diatas kesulitan. Sesungguhnya, kita hanya mampu merancang, tuhan yg menentukan. Sama-samalah kita berdoa untuk mangsa banjir dan rakan-rakan yg mengalami kesulitan. Terima kasih.
-------------------------------------------------------------------------
'KREDIBILITI MEMACU KEUNGGULAN MAHASISWA'
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UUM SESI 2009/2010

Isnin, 1 November 2010

Tempat Kami Dah Banjir \o/

Assalamualaikum..


BANJIR
Biasa la fenomena kat tempat kami saban tahun.. Terselamatlah bagi mereka2 yang tinggal kat BUKIT KACHI..Hi3.. Dewan Penginapan Pelajar kat dalam kampus ada yang bilik2 korang masuk air ke?? Takziah okey..Sila pindah tingkat atas ye.. Tak pe la hujan itu rezeki jugak.. Kalau tahun lepas, ada student yang tinggal kat Bank Rakyat & S.M.E Bank terkandas nak g exam.. Sebabnya bas xleh nak lalu kat jambatan yang single tue.. Ha3.. Mujur dapat jawab exam esoknya.. 

Kali nie nauzubillah, sekarang minggu study.. Ramai pulak student yang balik kampung.. Jalan dari uum nak ke changlun pun bunyi2 dah ditutup.. Semoga Allah Taala permudahkan semua urusan orang2 kat sini.. Jauhi warga sintok dari bencana & sebarang masalah.. & sekarang jugak sedang berlangsung hari konvokesyen senior2 kat uum.. Bersimpati dengan abang2 & kakak2 sebab xdapat bergambar kat sekitar uum..Ujan punya pasai.. Xpe, nanti matahari muncul..Datang lagi.. Bergambar sekali lagi ya.. \o/..

Sememangnya hujan xberhenti..Seingat aku dah hampir 48jam..Tadi aku g kampus nak antar tugasan kumpulan kat COLGIS, ujan mak ai... Sejuk macam duk dalam peti sejuk.. Hi3... Biasanya kat sini panas & sangat panas.. Nie la hikmahnya.. Hujan untuk pulihkan keadaan..(ye ke??)..Harap yang membaca nie paham la maksud aku.. 

Okey la..Rasa malas nak g kat tapak EXPO konvokesyen.. Tadi ada jugak ambik gambar time ujan kat dalam kampus..Tp tak berapa menarik..Tp mai kita layan gambar2 yang rakan ke u kami ambik.. 

Mempersembahkan... Panorama Hujan+Banjir+Uum+1 November 2010...\0/



Disebabkan aku nie penghuni Bank Rakyat kat Bukit Kachi, aku xpasti nie kat kawasan mana dalam kampus..Ha3...
Nie kat jambatan colgis agaknya






Ha3...Yang pastinya gambar2 kat atas adalah tempat2 kat dalam UUM.. Kalau nampak budak2 main air, cepat2 tegah ye.. MALANG TAK BERBAU.. Sebelum sesuatu terjadi, baik kita elak dulu.. Kan3.. Okey, ape2pun..Harapnya,semua dalam keadaan baik & yang paling penting SELAMAT BELAJAR... MINGGU DEPAN KAMI WARGA UUM DA START EXAM..

Sekian untuk kali ini..Salam perpaduan & salam satu malaysia..

\0/\0/\0/\0/\0/\0/\0/\0/\0/\0/\0/\0/\0/\0/